Saturday, February 6, 2016

PENGGUNAAN SENJATA TAJAM DALAM LATIHAN ATAU PERSEMBAHAN

Diterbitkan: Khamis, 07 Januari 2016 14:36

24 Disember 2015

Berikutan peristiwa murid silat meninggal dunia ketika membuat persembahan pada 18 Disember 2015 di Kg Patau-Patau, Labuan, semua pihak gurulatih dan gelanggang diingatkan supaya mengawal kegiatan latihan dan juga acara persembahan yang menggunakan senjata tajam.  
Penggunaan senjata tajam hanya terbatas kepada murid-murid silat yang telah mengikuti latihan dan mencapai kemahiran dan kecekapan tinggi. Latihan pula hendaklah dipastikan diselia oleh pesilat yang telah menerima tauliah gurulatih yang sah.  Sepertimana ditetapkan dalam sukatan pelajaran perguruan ini, hanya mereka yang telah mencapai taraf bengkung Pelangi Kuning sahaja dibenarkan mempelajari permainan senjata. Manakala tenaga pengajar yang layak mengajar permainan senjata ialah dari kalangan pesilat yang memegang bengkung Pelangi Kuning 4 ke atas dan sah ditauliah sebagai Gurulatih. 
Perkara ini hendaklah dipatuhi dan diselia secara rapi, bukan sahaja oleh pentadbiran pertubuhan malah juga kepada Majlis Gurulatih dan Lembaga Adat pada semua peringkat.  Pelanggaran peraturan ini akan menyebabkan tindakan sekatan keahlian kepada pesilat dan tauliah mengajar gurulatih yang berkaitan akan dikenakan.




No comments:

Post a Comment

LAGU RASMI GAYONG

SLOGAN GAYONG

DEMO PSSGM DI SLIM RIVER 2016

TEMPUR ANAKKU IMAN

ALBUM PERLIMAU TAPAK/MANDI MINYAK PSSGM

nasuha nasuha's Slidely by Slidely Slideshow

MONTAJ MAJLIS ANUGERAH GAYONG 2016