Dalam masa 2 tahun lagi, Korea Selatan telah mepmberi lampu isyarat merah yang akan menjadi pesaing utama dalam silat olahraga peringkat dunia. Dalam kejuaraan Silat Remaja Dunia pada Disember 2015 penyertaan kontijen Korea Selatan sekadar penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun kita seharusnya berhati-hati dengan keadaan ini, kerana sudah memadai bagi pesilat mereka untuk menimba pengalaman.
Ketua Jurulatihnya Master Seol Jae Gwang menyatakan pesilat-pesilat hanya baru mengenali silat pada bulan Mei 2015. Secara tidak langsung kita fahami bahawa mereka baru memasuki area silat olahraga dan tidak mustahil dalam jangka masa yang diisyaratkan meraka akan bangkit menguasai silat olahraga di sebarang kejuaraan peringkat antarabangsa.
Sememangnya kita tidak meragui kehebatan Korea dalam seni mempertahankan diri iaitu Taekwando, justeru kebanyakan pesilat mereka daripada atlit taekwando sememangnya terkenal dengan kepantasan hayunan kakinya. Kecepatan, ketangkasan dan ketepatan tidak dinafikan cuma pada mata kasar penilaian saya mereka masih lagi kekurangan teknik sapuan dan jatuhan yang sememangnya tiada dalam teakwando.
Kini, dunia persilatan khususnya silat olahraga mendapat tempat di kalangan masyarakat Korea Selatan walaupun tidak boleh menandingi populariti sukan Taekwando namun bukan bermakna meraka tidak boleh menguasai dunia silat olahraga di persada dunia. Kita lihat saja kebangkitan pasukan Korea Selatan dalam permainan Sepak Takraw sudah menjadi mimpi ngeri kepada mana-mana pasukan yang berdepan mereka. Jelas pada kita, Sepak Takraw hanya dulu didominasi oleh regu Malaysia, Thailanda, Singapura, Indonesia dan Brunei namun dunia sepak takraw dikejutkan dengan kebangkitan regu Korea Selatan yang mempunyai kemahiran yang hebat.
Jadi melihat kepada situasi ini, penulis dapat merasakan permintaan mereka 2 tahun lagi itu pasti menjadi igauan ngeri pada pesilat-pesilat dari Malaysia mahupun dunia. Buktinya penguasaan atlet silat olahraga Vietnam dan Myanmar bagaimana penguasaan mereka?
No comments:
Post a Comment