Tertib Masuk Gelanggang Silat

Tatatertib di Gelanggang
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia

Masuk gelanggang
Berwudhu'
Beri salam sebelum masuk gelanggang
Tidak dibenarkan memakai kasut atau selipar di dalam gelanggang
Berpakaian silat yang lengkap

Dalam gelanggang
Jangan meludah dan jangan mencabut rumput
Jangan mengeluarkan kata-kata kotor, hasad dengki dan marah
Jangan memakai barangan kemas seperti jam, cincin, gelang tangan dan kaki dan sebagainya
Jangan makan dan minum melainkan di dalam sesuatu upacara atau adat
Sentiasa bersopan santun dan bertata tertib
Jaga batas kelakuan di antara pesilat berlainan jantina

Membuka gelanggang
Pesilat siap sedia menanti kedatangan gurulatih/pesilat yang ditauliahkan untuk melatih sementara ketiadaan gurulatih
Jurulatih beri salam dan dijawab oleh pesilat
Kedudukan membuka gelanggang (biasa/balai rong/barisan memanjang)
pembukaan gelanggang oleh jurulatih
Bagi pesilat yang terlambat, dia perlu meminta izin gurulatih terlebih dahulu sebelum masuk ke gelanggang dan membuka gelanggang

Keluar gelanggang sementara
Pesilat perlu mendapatkan keizinan dengan gurulatih
Melakukan isitiadat menutup gelanggang

Bersurai/penutupan gelanggang
Kedudukan membuka gelanggang (biasa/balai rong/barisan memanjang)
Penutupan gelanggang oleh gurulatih
Bersalam-salaman sesama pesilat dan meminta maaf
Bersurai


Kita sering melihat atau mengalami sendiri pengalaman membuka atau menutup gelanggang. Tetapi tahukah kita dalam melakukannya ia mempunyai  3 kaedah? Apa yang sering kita lihat adalah tertib pembukaan gelanggang secara bulatan. Ianya sering dilakukan dimana-mana gelanggang Silat Seni Gayong. 

Tertib atau kaedah ini terbahagi kepada tiga :

 1)      Kaedah membuka atau menutup gelanggang dalam bulatan atau lingkaran. Kaedah atau tertib ini sering dilakukan kita. Apabila melakukan tertib ini , semasa membuka gelanggang senioriti diambil kira. Bagi yang paling senior hendaklah berada disebelah kanan gurulatih yang mengajar semasa membuka gelanggang . Perkara yang sebaliknya dilakukan semasa menutup gelanggang , iaitu yang paling kanan tahapnya dalam gelanggang akan berada disebelah kiri gurulatih yang bertugas. Jika didalam gelanggang itu tiada yang kanan , semua pelatihnya adalah baharu , maka ketika itu pelatih wanita diambil sebagai yang kanan sekali kerana pelaith wanita akan menjalankan perlimau seni. 


2. Kaedah yang seterusnya adalah kaedah dalam barisan atau bentuk dam. Kaedah ini dilakukan apabila pelatih dalam jumlah yang ramai. Gurulatih yang bertugas akan berada di hadapan manakala pelatih yang kanan mengikut peringkat bengkong akan berada dibelakang.Begitulah susunannya mengikut peringkat masing-masing.



3. Keadah yang terakhir dalam tertib membuka dan menutup gelanggang adalah kaedah “U” atau ladam kuda. Kaedah ini mengikut ceritanya dilakukan diatas kapal semasa pelayaran. Gurulatih yang bertugas akan berada ditengah manakala pelatih yang paling  kanan akan berada disebelah kanan gurulatih semasa membuka gelanggang. Apabila menutup gelanggang, pelatih yang paling kanan akan berada disebelah kiri gurulatih.


Kesemua tertib dan kaedah ini diakhiri dengan salam Gayong selepas setiap latihan.Didalam menjalankan kaedah salam ini pesilat yang telah diatur sebelum dan selepas bergelanggang akan mengikut turutan dan peringkat masing-masing bersalam hingga selesai.Gurulatih akan menjadi orang yang terakhir sekali pelatih bersalam. Jika dilihat dan diamati dari tertib ini ia mengajar anak-anak Gayong menghormati antara satu sama lain, berdisiplin , mengelak sengketa selepas latihan dan mengeratkan silaturahim 







No comments:

Post a Comment

LAGU RASMI GAYONG

SLOGAN GAYONG

DEMO PSSGM DI SLIM RIVER 2016

TEMPUR ANAKKU IMAN

ALBUM PERLIMAU TAPAK/MANDI MINYAK PSSGM

nasuha nasuha's Slidely by Slidely Slideshow

MONTAJ MAJLIS ANUGERAH GAYONG 2016