Tenaga Pengajar PSSGMSMKBB



Firdaus Bin Kamaruzaman  dilahirkan pada tanggal 12.10.1990, berasal daripada Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mula aktif dalam Seni Silat Gayong Malaysia pada tahun 2008 di Gelanggang Politeknik Sultan Azlan Shah, Slim River, Perak. Ilmu persilatan dituntut daripada Cikgu Khalid Bin Shaedon. Pernah mewakili Politeknik PSAS sebagai seorang atlet silat olahraga. Memakai bengkung merah cula III. Pencapaian dalam Gayong memperolehi tempat ketiga dalam Kejohanan Silat Olahraga di Politeknik Kelantan pada tahun 2010 dan mendapat naib johan di Festival Tempur di Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI) pada tahun 2011. Menyandang jawatan pengerusi silat PSAS pada tahun 2010. Kursus gurulatih pada tahun 2013 dan diiktiraf sebagai pembantu gurulatih. Gelanggang pertama yang diajar pada awal tahun 2014 di SMK Bandar Behrang 2020 dan kini menetap di Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Pernah membantu pihak sekolah menjadi johan keseluruhan pertandingan silat olahraga peringkat Daerah Batang Padang. Kemudian banyak membantu pesilat SMKBB 2020 menyampai kejayaan naib johan keseluruhan pertandingan silat seni pada tahun 2015.

No comments:

Post a Comment

LAGU RASMI GAYONG

SLOGAN GAYONG

DEMO PSSGM DI SLIM RIVER 2016

TEMPUR ANAKKU IMAN

ALBUM PERLIMAU TAPAK/MANDI MINYAK PSSGM

nasuha nasuha's Slidely by Slidely Slideshow

MONTAJ MAJLIS ANUGERAH GAYONG 2016