Penulis rasa terpanggil dengan keluhan dan luahan dari seorang pengiat dan pengamal seni bela diri (silat) yang menyatakan kekesalan kerana bangsa Melayu itu sendiri yang melacurkan anaknya sendiri. Demo silat di Majlis Perkahwinan dipenuhi dengan undangan dari seorang yang mengelarkan dirinya Ahli Majlis Daerah, rasanya penulis tidak perlu menyebut siapakah gerangan bapa atau ibu ayam. Sedangkan catering makanan dibayar berbelas ribu, pasukan kompang dibayar tapi tidak pada mereka yang berpanas terik di atas jalan tar yang memperhambakan diri mereka semata memperjuangkan warisan bangsa Melayu sendiri. Bukanlah penulis bermaksud untuk meminta sebarang sumbangan kalau ia pun sumbangan rasanya tidak salah kan? Jemputan majlis orang kenamaan antaranya Ahli Majlis Daerah, jadi pahlawan berbaju hitam ini mempergayakan pertunjukkan silat untuk santapan tetamu yang hadir. Penulis tidak tergamak melihat keperitan anak pahlawan dengan berkaki ayam di bawah terik matahari disaluti dengan jalan tar yang membahang mereka tetap bersilat...namun sedikit memeritkan hati sanubari mereka diperlakukan seperti binatang dengan tiada layanan oleh si bapa dan ibu ayam...ini. Makanan ditabur umpama si anak ayam mematuk dedak. Tidaklah mereka ini meminta dilayan seperti orang kenamaan tetapi sebagai insan yang bergelar manusiawi..ada di kalangan mereka datang dengan menaiki kenderaan awam bayangkanlah pembaca sekalian tergamak sungguh mereka perlakukan sebegitu rupa. Pengemis berbaju hitam ini hanya menunggu di tepi pasaraya tanpa dijemput atau dipelawa...seperti penulis katakan dari awal tadi mereka juga insan...bayangkan kalau anak tuan puan diperlakukan sedemikian cara tidakkah bangsat benar mereka ini. Tiada sumbangan, tiada ole-ole, tiada ucapan terima kasih tetapi tetamu terhormat mereka dilayan bak raja dan pemaisuri. Sedih dan pilu hati penulis ini kerana ada bangsa kita sendiri yang melacurkan warisan kita...Majlis Perkahwinan berbelas ribu tetapi ucapan terima kasih yang percuma tiada bayaran pun mereka miskin pada tutur kata...janganlah diperlakukan sebegitu hina pada haiwan-haiwan yang berbaju hitam ini, sungguh pun begitu mereka juga haiwan yang berfikir...ilmu kaedah balagah...mereka lah yang melacur anak sendiri...
BANNAR GAYONG
LAGU SILAT
SELAMAT DATANG KE BLOG PSSGM SMKBB2020
Monday, February 29, 2016
Monday, February 22, 2016
PROGRAM FLASHMOB SILAT GELANGGANG NAGA PERKASA
Di pagi yang hening, ngauman sang harimau membelah bumi Behrang. Aluan serunai silat bergema di angkasa menanti sang pendekar dan srikandi mengorak langkah. Semakin lama semakin rancak si macan berlegar menanti untuk menerkam mangsanya. Hanya kenangan gambar yang bisa disisipkan di sini...
Friday, February 12, 2016
BERI KAMI MASA 2 TAHUN LAGI...KOREA SELATAN
Dalam masa 2 tahun lagi, Korea Selatan telah mepmberi lampu isyarat merah yang akan menjadi pesaing utama dalam silat olahraga peringkat dunia. Dalam kejuaraan Silat Remaja Dunia pada Disember 2015 penyertaan kontijen Korea Selatan sekadar penyertaan sahaja. Walau bagaimanapun kita seharusnya berhati-hati dengan keadaan ini, kerana sudah memadai bagi pesilat mereka untuk menimba pengalaman.
Ketua Jurulatihnya Master Seol Jae Gwang menyatakan pesilat-pesilat hanya baru mengenali silat pada bulan Mei 2015. Secara tidak langsung kita fahami bahawa mereka baru memasuki area silat olahraga dan tidak mustahil dalam jangka masa yang diisyaratkan meraka akan bangkit menguasai silat olahraga di sebarang kejuaraan peringkat antarabangsa.
Sememangnya kita tidak meragui kehebatan Korea dalam seni mempertahankan diri iaitu Taekwando, justeru kebanyakan pesilat mereka daripada atlit taekwando sememangnya terkenal dengan kepantasan hayunan kakinya. Kecepatan, ketangkasan dan ketepatan tidak dinafikan cuma pada mata kasar penilaian saya mereka masih lagi kekurangan teknik sapuan dan jatuhan yang sememangnya tiada dalam teakwando.
Kini, dunia persilatan khususnya silat olahraga mendapat tempat di kalangan masyarakat Korea Selatan walaupun tidak boleh menandingi populariti sukan Taekwando namun bukan bermakna meraka tidak boleh menguasai dunia silat olahraga di persada dunia. Kita lihat saja kebangkitan pasukan Korea Selatan dalam permainan Sepak Takraw sudah menjadi mimpi ngeri kepada mana-mana pasukan yang berdepan mereka. Jelas pada kita, Sepak Takraw hanya dulu didominasi oleh regu Malaysia, Thailanda, Singapura, Indonesia dan Brunei namun dunia sepak takraw dikejutkan dengan kebangkitan regu Korea Selatan yang mempunyai kemahiran yang hebat.
Jadi melihat kepada situasi ini, penulis dapat merasakan permintaan mereka 2 tahun lagi itu pasti menjadi igauan ngeri pada pesilat-pesilat dari Malaysia mahupun dunia. Buktinya penguasaan atlet silat olahraga Vietnam dan Myanmar bagaimana penguasaan mereka?
Monday, February 8, 2016
Sunday, February 7, 2016
KONSEP FLASHMOB
Menurut kamus bahasa Inggris Webster's New Millenium, flash mob berarti sekumpulan orang yang merancangkan suatu aksi dengan menggunakan media internet, dengan cepat tampil di khalayak umum, melakukan sesuatu yang menarik perhatian dan setelah selesai mereka pergi begitu saja. Umumnya, flash mob dilakukan paling cepat 1-2 menit dan paling lama berlangsung 15 menit.
Flashmob bermula sekitar tahun 2003, Flash mob pertama yang berhasil dilakukan berlokasi di New York Macy's. Ratusan mobbers (istilah untuk orang-orang yang melakukan flash mob) memasuki kedai dan mencari "love rug". Setelah itu, 200 orang memasuki hotel dan secara bersamaan melakukan tepuk tangan selama 15 detik. Ide flash mob ini muncul dari seorang pria yang dikenal "Bill" yang ternyata adalah editor majalah Harper, Bill Wasik. Menurut hasil wawancara di stayfreemagazine.org, salah satu tujuannya adalah mengajak orang-orang untuk melakukan sesuatu yang tidak istimewa menjadi satu bagian yang istimewa.
Sosial media digunakan untuk mengumpulkan partisipan flash mob. Boleh menerusi email atau jejaring sosial. Kemudian, partisipan boleh menemukan video koreografi (apabila flash mob berupa tarian) di youtube sehingga partisipan boleh berlatih di mana pun.
Secara harfiah, flash mob bisa diterjemahkan sebagai ‘kerumunan dadakan’. Bentuk awalnya bukan tarian, melainkan lebih kepada gerakan massa untuk menarik perhatian pemerintah, terhadap isu politik atau ekonomi yang sedang berkembang. Selain tarian, flash mob b0leh menggunakan konsep nyanyian, gerakan tanpa suara, atau teriakan. Selanjutnya, sejumlah penari akan muncul secara mendadak di tempat publik dan semakin bertambah dalam hitungan detik, kemudian bersurai. Konsep inilah yang kemudian diadopsi secara perlahan dalam bentuk tarian.
Daya tarik lain dari tarian flash mob adalah pakaian. Berhubung konsep ini menggambarkan tarian dengan bentuk yang sealami mungkin, pakaian mobbers pun bebas, menyesuaikan lokasi tari, entah itu di pusat perbelanjaan, lapangan olahraga, ataupun di tengah jalan.
Tahniah kepada semua persilat yang terlibat Dalam Flashmob silat dalam promo rancangan Realiti Terbitan Tv Al hijrah Akademi Silat Pendekar Muda semua terdiri Dari pelbagai Perguruan silat sekitar lembah klang. Dalam gerak kerja terbentuk Nya flashmob Ini telah di pimpin seorang gurulatih Dari PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA Cikgu Jazwan Kahar dan di Bantu seorang persilat Juara Dunia Wak Didi Tahniah .
Saturday, February 6, 2016
KENAPA CINDAI BUKAN KERIS
Melayu Dan Keris
Keris adalah seribu satu simbolik kepada alam Melayu..namun yang paling jelas dan nyata keris adalah senjata terunggul buat seorang pendekar melayu
Hakikatnya Keris sebenarnya bukan sekadar senjata, Tetapi ia juga sebagai untuk menyempurnakan kehidupan sebagai seorang melayu dalam kehidupan harian.Contohnya kalau zaman dahulu jika seseorang lelaki keluar berjalan tanpa diselitkan keris dengan pakaiannya, ia diibaratkan berbogel di khalayak ramai.Manakala seorang pengantin lelaki bersanding tanpa keris diselitkan pakaiannya, pengantin lelaki itu hilang pengitirafan kelakiannya dan dianggap masih belum layak pegang tanggungjawab atau belum matang.
Keris tidak boleh dihalakan atau ditujukan tajamnya kepada musuh kerana ia bermaksud musuh kamu akan mati dan saya akan bertempur sehingga nafas terakhir terutama musuh bangsa dan agama.Ia juga melambangkan Dendam melayu. Jika selepas dihalakan dan kemudian kamu meminta maaf terhadap musuh ia bererti satu penghinaan terhadap melayu dan diri sendiri. Pantang melayu mati sebelum ajal dan melayu bukan pengecut dengan senang lenang hendak meminta maaf atau mengaku kalah pada musuh. Dalam sesetengah Perguruan Silat, sekiranya menggunakan keris dalam persembahan, apabila habis persembahan keris akan di baling ke tanah hingga terpacak ketanah untuk melambangkan semua dendam habis disini.
Begitulah uniknya Keris dalam sosio budaya Melayu. Keris turut menjadi lambang, darjat dan kudrat kekuasaan bangsa Melayu yang mencerminkan ketinggian budaya dan ketamadunannya
Antara Keris Berbisa & Cindai Berahsia.
Tempana Nipis nama asalku,
Keris pusaka Ratu Dewangga;
Niat derhaka kepada rajaku,
Taming menyerah keris pusaka
Memang Silat Melayu tidak dapat lari dari memperkatakan senjata lagenda ini. Lagenda Taming Sari sampai kehari ini masih diceritakan dari generasi ke setiap generasi.Bila di sebut keris Taming Sari sudah tentu kita semua sedia maklum akan kesaktian keris tersebut, Hinggakan Hang Tuah pernah berkata bahawa selagi Taming Sari berada ditangan Jebat jangan kan hendak membunuhnya, malah melukakannya pun belum tentu. Begitulah hebatnya keris Sakti yang bergelar Taming Sari sempena nama Pendekar Majapahit yang dibunuh dalam pertarungan oleh Hang Tuah dengan ilmu Seni Kerisnya.
Jika kita lihat sejarah pelajaran Silat Seni Gayong, ADMAR telah memperturunkan sepenuhnya segala ilmu senjata termasuk Seni Keris semenjak di Singapura lagi. Manakala Pelajaran Ilmu Seni Cindai hanya di ajar kepada arwah anakandanya Siti Aisyah seorang saja di Singapura. Manakala yang rasminya, ADMAR memperturunkan ilmu Cindai ini pada 1964 di Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong yang ke dua iaitu di Kota Sarang Semut Kedah. Salah seorang terawal yang diajarkan ilmu Seni Cindai ini ialah Ayahanada Paduka Dato Raja Abdul Majid b Raja Mat Isa, barulah ADMAR perturunkan kepada gurulatih-gurulatih Singapura.
Namun yang menjadi persoalannya ialah kenapa di dalam Silat Seni Gayong Ilmu Seni Cindai diiktiraf sebagai permainan yang tertinggi bukannya Ilmu Seni Keris. Sedangkan Melayu memang terkenal dengan Keris..Apatah lagi Silat Seni Gayong yang dikatakan berasal dari ilmu Persilatan Laksamana Hang Tuah. Bukankah Hang Tuah mempunyai ilmu Keris yang sangat hebat. Kenapa Silat Seni Gayong tidak mengiktiraf ilmu Seni Keris sebagai Ilmu peringkat Tertinggi..Pernahkah anda semua memikirkannya..?
Kisah Pertarungan Dijadikan Pedoman
Apa diharap padi seberang,
Entah berbuah entahkan tidak,
Apa diharap keris terbilang,
Entah bertuah entahkan tidak
Tatkala melihatkan Tuah begitu beria untuk menikam dan membunuhnya maka Jebat terus melompat menyentap kain Tabir untuk dijadikan senjata..namun takdir ajal Jebat sudah sampai, kain tabir itu jatuh dan melitupi tubuhnya. Lalu ibarat sepantas kilat Tuah menikam Taming Sari ke perut Jebat.
Kenapa Cindai Pilihan Jebat
Hang Jebat berfirasat tiada senjata yang mampu mengalahkan Taming Sari, apatah lagi ianya kini berada di tangan Tuah yang terkenal dalam ilmu Seni Keris. Maka hanya satu saja senjata yang mampu mengalahkan Keris Taming Sari iaitu Seni Cindai.Begitu juga Hang Tuah yang terkejut melihatkan Hang Jebat cuba mendapatkan kain Tabir untuk dijadikan Seni Cindai, kerana Hang Tuah juga mengetahui akan kehebatan ilmu Seni Cindai ini. Itulah pesan guru mereka semasa mereka berguru dulu di Gunung Ledang.
Bila Kain Tabir itu melitupi Hang Jebat maka itulah peluang terbaik yang ada pada Hang Tuah untuk mengalahkan Jebat. Sekiranya Jebat sempat menggunakan ilmu Seni Cindai yang diisikan dengan kebatinan maka belum tentu Tuah dapat membuang si Jebat.
Namun Jebat tidak terbunuh serta merta malah, turun mengamuk, membunuh akan sekelian yang menentangnya. Ada yang mengatakan ketika inilah Jebat menggunakan Ilmu Seni Cindai Basah akibat darah yang mengalir membasahi kain Cindai yang Jebat jadikan bengkung untuk menahan pendarahan.
Selendang Dililit di badan sendiri,
Berpencak tari langkah diperhalusi,
Gerak Batin dizahir sekali,
Jurus Cindai menjadi sakti
Justeru itu kerana sejarah inilah Silat Seni Gayong menganggap permainan Seni Cindai ialah permainan tertinggi sekali. Kerana Pesan Sang Adi Putra dan Petua Sang Persantanala hanya Ilmu Seni Cindai yang diisi kebatinan yang mampu mengalahkan Kesaktian Keris Taming Sari yang terkenal itu.
Memang tidak dinafikan Ilmu Seni Cindai Silat Seni Gayong bukan sekadar permainan zahir semata-mata, ia bergabung sekali dengan kebatinan. ADMAR pernah menunjukkan ilmu kebatinan Seni Cindai di Pantai Cahaya Bulan Kelantan pada suatu ketika dulu. Dengan mengunakan seutas tali Tasi, beliau mematahkan dahan pokok Rhu yang sebesar betis seorang dewasa.Seperti yang kita sedia maklum, ranting Pokok Rhu sangat liat untuk dipatahkan, apatah lagi dahannya. Inikan pula dengan seutas Tali Tasi yang begitu halus. Itulah sedikit kisah kehebatan ADMAR dan Seni Cindai.
Bergurulah dengan Guru yang mempunyai sanad yang sahih dalam ilmu seni Cindai ini. Insya Allah anak Gayong semua akan mengetahui hakikat ilmu ini sebenarnya.. Zahir dalam Ma’arifat Tajali dalam Hakikat. Inilah sejarah Seni Cindai sebenarnya dan mengapa ianya dianggap permainan tertinggi dalam Silat Seni Gayong. Saya akhiri dengan nukilan puisi hati
Kita Bentara Guru Sang Adi Putra
telah menyatu dengan Sang Persantanala.
Kita mahu mengajar penderhaka.
Kita seru pada patih
patih tersungkur di telunjuk kita.
Kita jampi di sebilah keris
Keris menikam ke perut Penderhaka.
Jebat berkubur tanpa pusara.
Ini Cindai Selendang Kuning
Pakaian Sakti tujuh Puteri,
Selendang asal wali Sembilan,
Sembilan tenunan Sembilan temuan
Bangkitan terca Bukit Siguntang
Simbat Maut pada petualang
Alu Patah pada celaka.
Kalung Puteri pada durjana
Raja Beradu pada yang derhaka.
Kita libas di angin lalu
angin melanda seteru madu
Tuah menyesal diiringi pilu.
Sesungguhnya Duhai Paduka Memanda…
Dalam Maarifat akulah Jamaluddin alKubra.
Dalam Silat akulah Sang Adi Putra
Dalam Hakikat akulah Sang Persantanala.
Guru Hulubalang lima bersaudara
Inilah Diriku Tubuh Bergelar Badan Bernama.
SIJIL PENDAFTARAN PSSGM
Sijil Pendaftaran Pertubuhan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 9hb April 2013 dengan No. Pendaftaran PPM-010-04-09042013.
Pada mulanya, Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia adalah sebuah pertubuhan silat yang pertama berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara di Johor Bahru pada 22 Oktober 1963 (No. Pendaftaran 361), dan kemudiannya pula didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (No. Pendaftaran APS 0149/98). Perubahan in berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.
Pada 22 Februari 2013, Pesuruhjaya Sukan telah mengambil keputusan di mana semua badan seni mempertahankan diri yang bersifat budaya, bangsa dan kesenian tidak tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan dan menetapkan hanya Silat Olahraga sahaja yang perlu berdaftar dengan pejabat tersebut. Bagi menyambut dasar tersebut, maka PSSGM didaftarkan sekali lagi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 April 2013.
Setelah genap 50 tahun, akhirnya PSSGM kembali semula berdaftar di agensi kerajaan yang sama dimana pada asalnya Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim sendiri mendaftarkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
PENGGUNAAN SENJATA TAJAM DALAM LATIHAN ATAU PERSEMBAHAN
Diterbitkan: Khamis, 07 Januari 2016 14:36
24 Disember 2015
24 Disember 2015
Berikutan peristiwa murid silat meninggal dunia ketika membuat persembahan pada 18 Disember 2015 di Kg Patau-Patau, Labuan, semua pihak gurulatih dan gelanggang diingatkan supaya mengawal kegiatan latihan dan juga acara persembahan yang menggunakan senjata tajam.
Penggunaan senjata tajam hanya terbatas kepada murid-murid silat yang telah mengikuti latihan dan mencapai kemahiran dan kecekapan tinggi. Latihan pula hendaklah dipastikan diselia oleh pesilat yang telah menerima tauliah gurulatih yang sah. Sepertimana ditetapkan dalam sukatan pelajaran perguruan ini, hanya mereka yang telah mencapai taraf bengkung Pelangi Kuning sahaja dibenarkan mempelajari permainan senjata. Manakala tenaga pengajar yang layak mengajar permainan senjata ialah dari kalangan pesilat yang memegang bengkung Pelangi Kuning 4 ke atas dan sah ditauliah sebagai Gurulatih.
Perkara ini hendaklah dipatuhi dan diselia secara rapi, bukan sahaja oleh pentadbiran pertubuhan malah juga kepada Majlis Gurulatih dan Lembaga Adat pada semua peringkat. Pelanggaran peraturan ini akan menyebabkan tindakan sekatan keahlian kepada pesilat dan tauliah mengajar gurulatih yang berkaitan akan dikenakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
LAGU RASMI GAYONG
SLOGAN GAYONG
DEMO PSSGM DI SLIM RIVER 2016
TEMPUR ANAKKU IMAN
ALBUM PERLIMAU TAPAK/MANDI MINYAK PSSGM
nasuha nasuha's Slidely by Slidely Slideshow