Wednesday, December 14, 2016

ARTIKEL KELUARAN AKHBAR HARIAN METRO




MAJLIS ANUGERAH GAYONG 2016




Buat julung kalinya PSSGM Cawangan Tanjong Malim, Perak telah mengadakan Majlis Anugerah Gayong 2016 yang bertujuan memberikan penghargaan kepada anak gayong dari ketiga-tiga gelanggang iaitu Gelanggang Ngauman 3 Alur, Gelanggang Naga Perkasa, Gelanggang Politekniknik Sultan Azlan Shah, Slim River. Majlis ini merupakan acara kemuncak juga penutup tirai Gayong 2016. Seramai 70 pesilat yang menyertai majlis yang diadakan pada 10 Disember 2016 bertempat di Pusat Sumber SMK Bandar Behrang 2020. Antara senarai penerima Anugerah Gayong 2016 ialah;

1. ANUGERAH TOKOH ANAK GAYONG 2016

    Gelanggang Ngauman 3 alur - Muhamad Zulhimi 
    Gelanggang Naga Perkasa - Ain Nashrah Binti Abdul Wahab
    Gelanggang Politeknik - Muhamad Adha 

2. ANUGERAH TOKOH CILIK GAYONG

    Iman Solihin Bin Mohamad Nasuha

3. ANUGERAH TOKOH GAYONG 2016

    Cikgu Khalid Bin Sa'edon
    Cikgu Mohamad Nasuha Bin Ahmad

4. ANUGERAH PESILAT TERBAIK 2016

    Gelanggang Ngauman 3 alur - Muhamad Zulhimi

MAJLIS GURULATIH PSSGM
TANJONG MALIM
Merakamkan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada semua penerima Anugerah Gayong 2016

Wednesday, July 20, 2016

PERTANYAAN AGAMA

HUKUM COUPLE MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

BUKANKAH Kami telah melapangkan bagimu, dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?. Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam). (al-Insyirah: 1-2)

KETIKA berusia tiga tahun, Muhammad dan saudara susuannya telah ditugaskan untuk menggembala kambing. Mereka akan bermain-main sambil memerhatikan binatang ternakan mereka meragut rumput.

Monday, February 29, 2016

Melayu Sendiri Melacurkan Warisan Persilatan Kita

Penulis rasa terpanggil dengan keluhan dan luahan dari seorang pengiat dan pengamal seni bela diri (silat) yang menyatakan kekesalan kerana bangsa Melayu itu sendiri yang melacurkan anaknya sendiri. Demo silat di Majlis Perkahwinan dipenuhi dengan undangan dari seorang yang mengelarkan dirinya Ahli Majlis Daerah, rasanya penulis tidak perlu menyebut siapakah gerangan bapa atau ibu ayam. Sedangkan catering makanan dibayar berbelas ribu, pasukan kompang dibayar tapi tidak pada mereka yang berpanas terik di atas jalan tar yang memperhambakan diri mereka semata memperjuangkan warisan bangsa Melayu sendiri. Bukanlah penulis bermaksud untuk meminta sebarang sumbangan kalau ia pun sumbangan rasanya tidak salah kan? Jemputan majlis orang kenamaan antaranya Ahli Majlis Daerah, jadi pahlawan berbaju hitam ini mempergayakan pertunjukkan silat untuk santapan tetamu yang hadir. Penulis tidak tergamak melihat keperitan anak pahlawan dengan berkaki ayam di bawah terik matahari disaluti dengan jalan tar yang membahang mereka tetap bersilat...namun sedikit memeritkan hati sanubari mereka diperlakukan seperti binatang dengan tiada layanan oleh si bapa dan ibu ayam...ini. Makanan ditabur umpama si anak ayam mematuk dedak. Tidaklah mereka ini meminta dilayan seperti orang kenamaan tetapi sebagai insan yang bergelar manusiawi..ada di kalangan mereka datang dengan menaiki kenderaan awam bayangkanlah pembaca sekalian tergamak sungguh mereka perlakukan sebegitu rupa. Pengemis berbaju hitam ini hanya menunggu di tepi pasaraya tanpa dijemput atau dipelawa...seperti penulis katakan dari awal tadi mereka juga insan...bayangkan kalau anak tuan puan diperlakukan sedemikian cara tidakkah bangsat benar mereka ini. Tiada sumbangan, tiada ole-ole, tiada ucapan terima kasih tetapi tetamu terhormat mereka dilayan bak raja dan pemaisuri. Sedih dan pilu hati penulis ini kerana ada bangsa kita sendiri yang melacurkan warisan kita...Majlis Perkahwinan berbelas ribu tetapi ucapan terima kasih yang percuma tiada bayaran pun mereka miskin pada tutur kata...janganlah diperlakukan sebegitu hina pada haiwan-haiwan yang berbaju hitam ini, sungguh pun begitu mereka juga haiwan yang berfikir...ilmu kaedah balagah...mereka lah yang melacur anak sendiri...

Monday, February 22, 2016

PROGRAM FLASHMOB SILAT GELANGGANG NAGA PERKASA

Di pagi yang hening, ngauman sang harimau membelah bumi Behrang. Aluan serunai silat bergema di angkasa menanti sang pendekar dan srikandi mengorak langkah. Semakin lama semakin rancak si macan berlegar menanti untuk menerkam mangsanya. Hanya kenangan gambar yang bisa disisipkan di sini...




























LAGU RASMI GAYONG

SLOGAN GAYONG

DEMO PSSGM DI SLIM RIVER 2016

TEMPUR ANAKKU IMAN

ALBUM PERLIMAU TAPAK/MANDI MINYAK PSSGM

nasuha nasuha's Slidely by Slidely Slideshow

MONTAJ MAJLIS ANUGERAH GAYONG 2016